Kuala Lumpur: Penyerang Safee Sali tampil membidas kritikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong yang disifatkannya tidak memberi sokongan moral kepada pasukan kebangsaan selepas tewas 1-0 kepada Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 di Manama Jumaat lalu.
Zolkples dalam kenyataannya kepada media kelmarin berkata, dia sudah menduga kekalahan berkenaan dan tidak meletakkan harapan tinggi kepada skuad negara yang menentang pendahulu Kumpulan D itu, apa lagi ia bukan satu tugas yang mudah kerana beraksi di tempat lawan. -Berita harian
No comments:
Post a Comment