Kuala Lumpur: Satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan kerajaan bagi
melihat impak ekonomi dan sosial terhadap orang ramai sekiranya
pelaksanaan had hayat kenderaan ditetapkan kepada 12 tahun bagi sesebuah
kenderaan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kajian itu akan turut melihat golongan yang mungkin terjejas sekiranya perkara itu dilaksanakan.
“Kita perlu kaji perkara ini, termasuk meneliti kos sara hidup serta kewangan pengguna kenderaan berkenaan sebelum ia boleh dilaksanakan. Keputusan melaksanakan perkara itu tidak boleh dijalankan secara terburu-buru,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku mewah Op Fajar berjudul ‘The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden’ di Dewan Perkasa, Wisma Perwira di sini, semalam. -my Metro

No comments:
Post a Comment