Gosip sentiasa menyelubungi kehidupan semua manusia tidak kira
mereka yang tergolong dalam kehidupan glamor mahupun mereka tidak
terkenal.
Bezanya, gosip bagi mereka yang glamor membabitkan seluruh pelusuk dunia, malah ramai akan bercerita mengenainya manakala gosip dalam kalangan mereka kurang popular pula cuma membabitkan mereka yang berkait dengan individu itu.
Gosip - cerita yang kita dengar daripada orang lain dan malangnya, kita tidak tahu kebenaran sesuatu cerita itu. Dalam konteks komunikasi, gosip sememangnya perkara tidak sepatutnya dilakukan malah ditegah dalam ajaran Islam.
Walaupun begitu, bukan semua jenis gosip itu salah. Terdapat dua jenis gosip yang boleh kita perkatakan. Pertama, gosip mengenai sesuatu kejadian atau kita dengar yang boleh dijadikan teladan kepada kita manakala gosip kedua pula membabitkan gosip yang hanya memburukkan atau mengaibkan seseorang.
Gosip dilarang dan menunjukkan sikap buruk seseorang tentunya yang suka menyampaikan cerita dengan memburukkan orang lain. Ia satu sikap sepatutnya dibuang agar tidak menjejaskan imej keperibadian kita. Ingatlah, jika kita tidak suka dimalukan atau diaibkan oleh orang lain maka kita elak daripada melakukan perkara seperti itu.
Tidak mustahil, apa yang menimpa orang lain itu boleh juga menimpa diri kita, bak istilah dalam bahasa Inggeris, ‘what goes around comes around’.
Gosip disifatkan boleh diperbualkan membabitkan gosip yang boleh kita jadikan satu teladan dan seharusnya tanpa mengaibkan mana-mana pihak misalnya sesuatu kejadian yang kita hanya kita dengari tiada cerita kukuh mengenainya kerana kepelbagaian spekulasi.

No comments:
Post a Comment