Fenomena tekanan pelajar sewaktu peperiksaan bukan asing, namun
menimbulkan kebimbangan kerana boleh menimbulkan risiko sampingan.
Biarpun kemuncak tertinggi kehidupan pelajar ialah memperoleh keputusan cemerlang, namun senario tekanan yang membelenggu ketika musim peperiksaan perlu diawasi. Kebimbangan terhadap ‘sindrom’ itu berasas kerana berlaku pelbagai insiden apabila pelajar gagal melawan tekanan.
Akibatnya, ia memberi kesan emosi dan fizikal kepada pelajar.
Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Mohamed Soder Rahmad, berkata pelajar yang sedang mengambil peperiksaan perlu bertenang.
Beliau berkata, jika terlalu memikirkan cemerlang dalam peperiksaan, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan.
“Peperiksaan besar memang memberi tekanan apatah lagi memikirkan harapan tinggi ibu bapa, namun memaksa diri untuk berusaha keras di luar kemampuan hanya menempa kemudaratan.
“Peperiksaan penting, namun ia tidak bermakna jika pelajar ‘kosong’ serta tidak mampu menjawab soalan kerana terlalu tertekan,” katanya.
Pelajar perlu mengetepikan tanggapan peperiksaan adalah kemuncak hidup.
“Jika itulah sasaran matlamat, percayalah mereka tidak boleh menjawab soalan, sekali gus memusnahkan keinginan ingin dicapai.
“Saya bimbang jika terlalu memikirkan peperiksaan, boleh menyebabkan masalah lain.
“Dalam ilmu psikologi, tekanan boleh dibahagikan kepada dua iaitu positif (use stress) dan negatif (disstress).
“Tekanan positif memberi tekanan kepada pelajar bagi memastikan mereka tahu tanggungjawab perlu dilaksanakan seperti ke kelas dan mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Beliau berkata, tekanan positif boleh dipraktikkan bagi membina kemahuan diri dan menjadikan pelajar lebih bermotivasi.
Sebaliknya, tekanan negatif keterlaluan boleh menimbulkan kesan sampingan sehingga menjejaskan emosi dan fizikal menyebabkan pelajar hilang imbangan diri.
“Apabila tertekan, mereka bukan saja boleh hilang fokus, malah hilang motivasi diri dan keyakinan diri, mengalami kemurungan dan mungkin membunuh diri,” katanya.
Dalam ilmu psikologi, katanya emosi peringkat remaja boleh dikatakan masih tidak stabil dan sering berubah-ubah mengikut pengaruh persekitaran.
“Tekanan yang melampau boleh mewujudkan kestabilan emosi yang boleh menjerumuskan mereka ke tahap genting seperti hilang pedoman.
“Justeru, ibu bapa usah terlalu memberi tekanan sebaliknya memberi kata-kata semangat supaya anak mereka tidak terlalu stres.
“Saya tidak kata ibu bapa atau orang lain tidak boleh ‘menekan’ pelajar tapi harus ada batasnya.
“Ibu bapa juga perlu akur melihat keupayaan anak, tetapi jangan memaksa kerana kesannya boleh menyebabkan mereka terus kritikal,” katanya.
Bagi pelajar, katanya mereka perlu sentiasa bertenang. Tidak keterlaluan memikirkan apakah keputusan yang diperoleh kelak.
“Semua mahukan kecemerlangan, namun janganlah sampai memaksa diri di luar kemampuan. Anda sudah berusaha bertahun-tahun, jadi perlu positif menerima apa jua keputusan.
“Di negara ini, cemerlang atau kecundang, peluang menyambung pengajian terbuka luas. Sistem pendidikan kita tidak pernah mengetepikan peluang sesiapa untuk belajar.
“Usah kecewa jika gagal kerana perjuangan meneruskan kehidupan masa depan lebih penting,”
~my Metro~

TEKANAN
boleh mencetuskan impak negatif kepada pelajar hingga mampu memberi
kesan kepada pengembangan emosi dan fizikal. - Gambar hiasan.
Persoalannya, apakah perlu pelajar terlalu memaksa diri mencapai
cita-cita demi memenuhi hasrat orang lain sehingga memberi kesan kepada
diri sendiri?
Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Mohamed Soder Rahmad, berkata pelajar yang sedang mengambil peperiksaan perlu bertenang.
Beliau berkata, jika terlalu memikirkan cemerlang dalam peperiksaan, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan.
“Peperiksaan besar memang memberi tekanan apatah lagi memikirkan harapan tinggi ibu bapa, namun memaksa diri untuk berusaha keras di luar kemampuan hanya menempa kemudaratan.
“Peperiksaan penting, namun ia tidak bermakna jika pelajar ‘kosong’ serta tidak mampu menjawab soalan kerana terlalu tertekan,” katanya.
Pelajar perlu mengetepikan tanggapan peperiksaan adalah kemuncak hidup.
“Jika itulah sasaran matlamat, percayalah mereka tidak boleh menjawab soalan, sekali gus memusnahkan keinginan ingin dicapai.
“Saya bimbang jika terlalu memikirkan peperiksaan, boleh menyebabkan masalah lain.
“Dalam ilmu psikologi, tekanan boleh dibahagikan kepada dua iaitu positif (use stress) dan negatif (disstress).
“Tekanan positif memberi tekanan kepada pelajar bagi memastikan mereka tahu tanggungjawab perlu dilaksanakan seperti ke kelas dan mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Beliau berkata, tekanan positif boleh dipraktikkan bagi membina kemahuan diri dan menjadikan pelajar lebih bermotivasi.
Sebaliknya, tekanan negatif keterlaluan boleh menimbulkan kesan sampingan sehingga menjejaskan emosi dan fizikal menyebabkan pelajar hilang imbangan diri.
“Apabila tertekan, mereka bukan saja boleh hilang fokus, malah hilang motivasi diri dan keyakinan diri, mengalami kemurungan dan mungkin membunuh diri,” katanya.
Dalam ilmu psikologi, katanya emosi peringkat remaja boleh dikatakan masih tidak stabil dan sering berubah-ubah mengikut pengaruh persekitaran.
“Tekanan yang melampau boleh mewujudkan kestabilan emosi yang boleh menjerumuskan mereka ke tahap genting seperti hilang pedoman.
“Justeru, ibu bapa usah terlalu memberi tekanan sebaliknya memberi kata-kata semangat supaya anak mereka tidak terlalu stres.
“Saya tidak kata ibu bapa atau orang lain tidak boleh ‘menekan’ pelajar tapi harus ada batasnya.
“Ibu bapa juga perlu akur melihat keupayaan anak, tetapi jangan memaksa kerana kesannya boleh menyebabkan mereka terus kritikal,” katanya.
Bagi pelajar, katanya mereka perlu sentiasa bertenang. Tidak keterlaluan memikirkan apakah keputusan yang diperoleh kelak.
“Semua mahukan kecemerlangan, namun janganlah sampai memaksa diri di luar kemampuan. Anda sudah berusaha bertahun-tahun, jadi perlu positif menerima apa jua keputusan.
“Di negara ini, cemerlang atau kecundang, peluang menyambung pengajian terbuka luas. Sistem pendidikan kita tidak pernah mengetepikan peluang sesiapa untuk belajar.
“Usah kecewa jika gagal kerana perjuangan meneruskan kehidupan masa depan lebih penting,”
~my Metro~
No comments:
Post a Comment