/>

Follow My facebook

Wednesday, February 27, 2013

Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia

Febuari 2013

BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

"Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah," katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66% generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline

Monday, February 25, 2013

Maha Kejam


Temerloh: Seorang warga emas yang bertarung nyawa hampir setengah jam merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam, namun malang dia meninggal dunia berdekatan pintu rumah selepas pembunuh membakar kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang, dekat sini, pagi semalam.Dalam kejadian jam 3.40 pagi itu, Ali Jaafar, 74, yang bekerja sebagai penjual madu mati akibat cedera di leher serta melecur di badan dan paha kiri manakala paha kanan hingga ke kaki rentung.

Kejadian disedari jirannya selepas melihat api marak membakar bumbung rumah serta sebuah bilik lalu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat serta BaIai Polis Lanchang.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba yang memeriksa rumah selepas memadam api, menemui mayat mangsa berlumuran darah di leher di depan pintu sebelum menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

etua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa telentang di depan pintu rumah dengan beberapa kesan tikaman di leher manakala dahi mangsa dipercayai dihentak dengan objek tumpul.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/25

Sunday, February 24, 2013

Mitsubishi Triton terbabas 3 maut.

 Foto 

Pasir Gudang: Kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok di Kilometer 24, Lebuhraya Pasir Gudang di sini, jam 3 pagi menyebabkan tiga orang terbunuh

Di laporankan, pemandu, K Thanasegaran, 34, dan dua penumpang, F Veronica, 22, serta K Dinesh Kumar, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata,  Mitsubishi Triton terbabit gagal dikawal dalam siasatan yang dijalankan.

“Mayat Veronica yang beralamat di Kuala Lumpur tersepit di tempat duduk belakang Mitsubishi Triton terbabit, manakala Thanasegaran yang berasal dari ibu kota ditemui berhampiran kenderaan.

“Mayat Dinesh yang juga penumpang di sebelah pemandu pula ditemui di bahu jalan sebelah kiri, dipercayai tercampak keluar ketika kemalangan,” katanya.

Sumber: myMetro

Tawaran 9 Juta FB dan Google


Los Angeles – Pengasas Google dan Facebook (FB) serta pasangan mereka sepakat memperkenal hadiah paling tinggi dalam sejarah sains iaitu dua kali ganda daripada anugerah Nobel.

Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, serta pengasas bersama Google, Sergey Brin dan isterinya, Anne Wojcicki setuju melancarkan Hadiah Sejarah Baru Sains bernilai AS$3 juta (RM9 juta).

Perkenal anugerah
Mereka diminta memperkenal anugerah itu oleh tokoh kapitalis, Yuri Milner, yang memberi idea itu berdasarkan hadiah fizik yang diperkenalkannya tahun lalu.

Majlis mengumumkan kemenangan penerima tidak akan diadakan tetapi pemenang tahun ini dari Amerika Syarikat, Itali, Jepun dan Belanda akan memilih pemenang pada masa depan dan mereka dijangka memberi syarahan dan wawancara sepanjang 2013.

Sertai jawatankuasa pemilih
Setiap tahun, orang yang menang hadiah itu akan menyertai jawatankuasa pemilih yang sentiasa bertambah untuk memilih pemenang tahun akan datang.

Tiada had mengenai berapa ramai yang berkongsi hadiah, berbeza dengan anugerah Nobel yang mengehadkan kepada tiga pemenang. – AGENSI

Saturday, February 23, 2013

Taman Marqueyssac di Perancis sangat indah

Taman Marqueyssac Perancis 8
Sebuah taman yang terletak diantara perbukitan Perigord, Perancis akan menyuguhkan pemandangan yang luar biasa. Taman Marqueyssac adalah salah satu keindahan kota kecil Vesaz, Dordogne, Perancis. Taman ini dibangun pada tahun 1861 oleh Julien De Cerval,  yang memberikan hidupnya selama 30 tahun untuk membangun taman Marquessac. Tanaman jenis Boxwood dipilih sebagai tanaman utama karena tanaman ini dapat tumbuh lebat, memiliki tekstur yang kuat dan memiliki warna hijau bercahaya.
Berjalan di taman ini dapat dijumpai bentuk-bentuk tanaman yang eksentrik. Bentuk-bentuk tanaman di taman ini dibuat oleh De Cerval dengan maksud tertentu. De Cerval ingin para pengunjung yang datang ke taman ini larut dalam suasana romantis dimana mereka juga akan menikmati keunikan bentuk-bentuk tanaman di tempat ini.
Pada abad ke 20 pemilik selanjutnya dari taman ini tidak merawat peninggalan De Cerval, sehingga taman mengalami kerusakan. Baru pada tahun 1996, pemilik baru taman Marquessac, Kleber Rossilon, membangun kembali taman ini sesuai dengan konsep aslinya dan menambahkan beberapa fasilitas baru dengan nuansa romantis khas abad 19. Taman Marquessac dibuka untuk umum pada tahun 1996. Kementrian Kebudayaan Perancis telah memasukkan taman ini sebagai salah satu peninggalan bersejarah Perancis.

Taman Marqueyssac Perancis

Taman Marqueyssac Perancis 2

Taman Marqueyssac Perancis 3

Taman Marqueyssac Perancis 4

Taman Marqueyssac Perancis 5

Taman Marqueyssac Perancis 6

Taman Marqueyssac Perancis 7

Keunikan taman hijau di Perancis

Keindahan Taman Marqueyssac di Perancis antara kehijauan luar biasa dan landskap paling indah di dunia.

Ia dibangunkan pada 1861 oleh Julien De Cerval yang mengambil masa 30 tahun untuk menyiapkan taman itu. 
 
Taman itu mempunyai identiti tersendiri apabila dihiasi dengan tanaman hijau dengan tektur tahan lasak selain pemandangan semula jadi.

Berada di taman ini juga anda berpeluang menemui tanaman yang dibentuk unik hasil rekaan Julien sendiri dengan maksud tertentu.

Julien juga mengharapkan taman itu dikunjungi sepanjang masa. Justeru, suasana siang berbeza dengan pemandangan malam apabila taman itu dilimpahi cahaya lampu.

Kehijauan tanamannya juga membuatkan keunikan malam lebih indah.
Reka bentuk landskap sebegitu dicipta bagi mengekalkan keadaan semula jadi dan persekitaran yang sedikit berbukit dan berbatu.

Bagaimanapun pada abad ke-20 menyaksikan pemilik seterusnya taman itu tidak memberi tumpuan seperti yang dilakukan Julien hingga sebahagiannya mengalami kerosakan.

Hingga pada 1996, pemilik barunya iaitu Kleber Rossilon mengambil inisiatif mem- bangunkan semula taman itu.

Menjelang 1996, Taman Marqueyssac dibuka kepada umum dan kerajaan menjadikan ia warisan negara.

Taman seluas 22 hektar itu turut dilitupi kawasan berbatu mengadap Lembah Dordogne antara La Roque Gageac dan Beynac.

Keadaan itu sedikit pun tidak menghalang panorama semula jadi taman berkenaan untuk dinikmati.

Lebih menarik apabila taman itu mempunyai laluan pejalan kaki hingga lima kilometer (km) dan lorong berteduh sejauh 6 km dan  taman turut dihiasi hamparan rumput hijau dan taman permainan kanak-kanak.


Sumber : myMetro 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23

Thursday, February 21, 2013

Kanak-kanak lelaki dibunuh dan disimen jadi patung

JAKARTA 20 Feb. - Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga setengah tahun yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang jirannya.
Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu terbongkar tengah hari semalam apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu menemuinya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono, Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau busuk dari rumah itu.
Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad Fahri kerana rupa bentuk 'patung' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu terus dilaporkan kepada polis.
Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.
Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.
Suspek yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan petang semalam, tidak lama selepas penemuan jasad Fahri.
Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata, suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai.
Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu.
Polis sedang memeriksa kesihatan mental suspek selain menyiasat sama ada orang lain yang tinggal bersama suspek di dalam rumah berkenaan, yang kini sudah dikosongkan turut terlibat dalam kejadian itu. - BERNAMA

Projek kereta api laju diantara Malaysia-singapura


Putrajaya: Projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, yang dijangka siap pada 2020, mampu merancakkan pembangunan di kawasan sepanjang laluan dan stesen kereta api itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kajian awal menunjukkan lima hentian berpotensi menjadi lokasi stesen baru, iaitu Seremban (Negeri Sembilan); Ayer Keroh (Melaka) serta Muar, Batu Pahat dan Iskandar Malaysia di Johor.

Pemangkin pembangunan


“Ini akan menjadi pemangkin pembangunan di kawasan sekitar stesen kereta api dan sepanjang laluan," katanya kepada pemberita

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan projek itu selepas pertemuan empat mata dan perbincangan dua hala sempena sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Singapura.

Cho Ha berkata, pembinaan landasan lebih 400 kilometer itu akan memendekkan waktu perjalanan antara kedua-dua bandar raya itu kepada hanya 90 minit.

Beliau juga berharap projek kereta api berkelajuan tinggi membabitkan perkongsian awam-swasta itu akan dapat dimulakan secepat mungkin kerana ia mengambil masa untuk dilaksanakan.
Sumber: Berita harian

Jangan salahkan Fizz Fairuz


FotoKuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.
“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.


Sumber: myMetro
21/2/2013  

Van keselamatan bawa RM2.2 juta disamun




Van keselamatan bawa RM2.2 juta disamun
Keadaan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM2.2 juta disamun tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik di Kuala Lumpur
  20 Februari 2013
Keadaan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM2.2 juta disamun tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik di Kuala Lumpur hari ini - Foto Bernama

PETALING JAYA - Sebuah van syarikat keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta disamun tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik di hadapan sebuah medan selera di Jalan 51A/227 menghala ke Jalan 222 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata rompakan berlaku pukul 10 pagi ketika van dinaiki tiga pekerja syarikat itu dalam perjalanan menghantar wang ke sebuah bank di ibu negara.

Katanya kesemua pekerja berkenaan sebelum itu singgah di medan selera untuk membeli makanan sebelum secara tiba-tiba tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik dan bertopeng yang menaiki sebuah kenderaan MPV, keluar dan bergelut dengan pemandu van terbabit.

"Pemandu itu, yang ketika itu berada di luar van, cedera akibat ditumbuk seorang daripada suspek. Suspek terus merampas wang tunai di dalam van dan melarikan diri dengan kenderaan mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Arjunaidi berkata polis mengambil keterangan ketiga-tiga pekerja berumur 25 hingga 31 tahun itu bagi menyiasat kejadian termasuk jika terdapat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

"Ikutkan SOP, pemandu tak boleh keluar dari van. Mereka mendakwa tidak dapat mengecam plat nombor MPV itu namun pasti, ia adalah plat Wilayah Persekutuan.

Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian," katanya. - Bernama

 Sumber: Sinar harian

Wednesday, February 20, 2013

Suami ditetak mati depan isteri

Johor Bahru: Seorang isteri hanya mampu menjerit melihat suaminya ditetak hingga mati oleh empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menyebabkan badan, tangan dan muka mangsa hampir hancur di sebuah kedai makan di Kampung Baru Pandan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.55 malam itu, mangsa, P Gunasegaran, 60, yang juga peniaga sebuah kedai makan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan pendarahan dialami.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Dr Hashim Haron berkata, ketika kejadian, hanya ada seorang pelanggan di kedai berkenaan.
“Sejurus pelanggan itu masuk ke tandas, empat suspek yang datang menaiki sebuah kereta terus menyerang mangsa dengan menetaknya lebih enam kali di muka, kedua-dua tangan dan badannya.

“Tetakan itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan mati di tempat kejadian. Kejadian berlaku di depan isteri mangsa menyebabkan wanita itu yang panik tidak sempat melakukan apa-apa kerana berlaku begitu pantas,” katanya, semalam.

Menurutnya, keempat-empat suspek terus meninggalkan lokasi kejadian sejurus kemudian manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Foto
KEDAI makan tempat Gunasegaran ditetak.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek masih berjalan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber: My metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Tunang seminggu

Foto
Fizz Fairuz


Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.


Sumber: my Metro 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20 

 

Mayat wanita warga Malaysia ditanam dalam dinding

Ahli keluarga dan saudara mara Voon (gambar kecil) menunggu berkumpul ditempat kejadian dimana mangsa ditemui mati dan mayatnya ditanam didalam simen dinding.

BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang wanita warga Malaysia berusia 39 tahun ditemui mati dan mayatnya ditanam di dalam dinding sebuah rumah milik kawannya di sini.
Voon Su Ching yang menjalankan perniagaan cuci kereta dan baik pulih di Brunei pergi ke rumah kawannya itu untuk menjaga banglo tersebut kerana pemiliknya balik ke kampung halaman sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Voon diberi segugus kunci banglo terbabit.
Apabila pemiliknya pulang ke rumah pada malam Ahad, dia menyedari dinding simen setinggi 3 meter yang meragukan di taman rumahnya.
Malah, bau busuk turut dihidu dari dinding tersebut.
Dia membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan membawa kepada penemuan mayat Voon, lima hari selepas dia dilaporkan hilang pada Rabu.
Polis yang dimaklumkan mengenai perkara itu segera bertindak mengepung kawasan terbabit. Dua Unit Siasatan Lokasi Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei dilihat memasuki kawasan kediaman terbabit dan berada di sana sehingga mayat wanita malang itu ditemui.
Operasi mengeluarkan mayat berkenaan berakhir kira-kira pukul 8 malam yang disahkan bahawa mayat seorang wanita ditemui lalu dibawa untuk penyiasatan selanjutnya.
Difahamkan pembunuh telah menutup mayat Voon dengan beberapa keping zink sebelum menanamnya dengan simen.
Polis menahan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.
Dia didapati menghantar dua trak simen ke banglo tersebut.
Polis masih mengenal pasti motif pembunuhan.
Mengimbas semula hari isterinya hilang, suami mangsa memberitahu, ia adalah hari lahir anak lelaki mereka yang ke-11 tahun, di mana isterinya keluar untuk membeli kek kira-kira pukul 11.00 pagi untuk menyambut hari jadi anak mereka itu.
Bagaimanapun, mangsa terus tidak pulang hingga ke hari ini.
“Saya cuba menghubungi isteri saya banyak kali tetapi gagal dihubungi. Pada sebelah malamnya, saya menghubungi polis untuk meminta bantuan mencari isteri saya yang hilang,” katanya sambil memberitahu bahawa isterinya itu tidak pernah meninggalkan keluarga kerana dia seorang isteri dan ibu yang penyayang.
Menurut khabar angin, Voon menjalin hubungan dengan seorang profesor dan telah membawanya bertemu dengan beberapa rakan baru-baru ini.
Rakan-rakannya menyifatkan Voon sebagai seorang periang dan peramah yang gemar berjenaka dengan mereka.

Tuesday, February 19, 2013

Rahsia Di Sebalik Senyum

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". 


    c/p

Sunday, February 17, 2013

Betul ke Infinity Downline ?

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.  
Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir  dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.
Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-
1.     Latar belakang syarikat dan web
Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.
Domain "Whois"
The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

READ MORE

Anda mungkin minat pada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...