Los Angeles – Pengasas Google dan Facebook (FB) serta pasangan mereka sepakat memperkenal hadiah paling tinggi dalam sejarah sains iaitu dua kali ganda daripada anugerah Nobel.
Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg dan
isterinya, Priscilla Chan, serta pengasas bersama Google, Sergey Brin
dan isterinya, Anne Wojcicki setuju melancarkan Hadiah Sejarah Baru
Sains bernilai AS$3 juta (RM9 juta).
Perkenal anugerah
Mereka diminta memperkenal anugerah itu
oleh tokoh kapitalis, Yuri Milner, yang memberi idea itu berdasarkan
hadiah fizik yang diperkenalkannya tahun lalu.
Majlis mengumumkan kemenangan penerima
tidak akan diadakan tetapi pemenang tahun ini dari Amerika Syarikat,
Itali, Jepun dan Belanda akan memilih pemenang pada masa depan dan
mereka dijangka memberi syarahan dan wawancara sepanjang 2013.
Sertai jawatankuasa pemilih
Setiap tahun, orang yang menang hadiah
itu akan menyertai jawatankuasa pemilih yang sentiasa bertambah untuk
memilih pemenang tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment