![]() |
| Keadaan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM2.2 juta disamun tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik di Kuala Lumpur |
20 Februari 2013
Keadaan sebuah van
syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM2.2 juta disamun tiga
lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik di Kuala Lumpur hari ini -
Foto Bernama
PETALING JAYA - Sebuah van syarikat keselamatan membawa wang tunai
RM2.2 juta disamun tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik di
hadapan sebuah medan selera di Jalan 51A/227 menghala ke Jalan 222 di
sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata rompakan
berlaku pukul 10 pagi ketika van dinaiki tiga pekerja syarikat itu
dalam perjalanan menghantar wang ke sebuah bank di ibu negara.
Katanya kesemua pekerja berkenaan sebelum itu singgah di medan selera
untuk membeli makanan sebelum secara tiba-tiba tiga lelaki bersenjatakan
alat renjatan elektrik dan bertopeng yang menaiki sebuah kenderaan MPV,
keluar dan bergelut dengan pemandu van terbabit.
"Pemandu itu, yang ketika itu berada di luar van, cedera akibat
ditumbuk seorang daripada suspek. Suspek terus merampas wang tunai di
dalam van dan melarikan diri dengan kenderaan mereka," katanya pada
sidang media di sini hari ini.
Arjunaidi berkata polis mengambil keterangan ketiga-tiga pekerja
berumur 25 hingga 31 tahun itu bagi menyiasat kejadian termasuk jika
terdapat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
"Ikutkan SOP, pemandu tak boleh keluar dari van. Mereka mendakwa tidak
dapat mengecam plat nombor MPV itu namun pasti, ia adalah plat Wilayah
Persekutuan.
Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian," katanya. - Bernama
Sumber: Sinar harian

No comments:
Post a Comment