/>

Follow My facebook

Wednesday, January 29, 2014

Kerana Abc Cikgu seperti harimau

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.

Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.

   Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
Foto
Gambar: LENGAN kanan Issac lebam dipukul.


“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.

Tuesday, November 26, 2013

Lawak - Polis dan pemuda


Polis : Siapakah nama encik ?


Pemuda : Saya tak ingat la

Polis : Okay , jadi encik tinggal dimana ?

Pemuda : Saya tinggal dengan mak saya

Polis : mak awak tinggal dimana ?

Pemuda : Mak saya tinggal dengan saya

Polis : Awak berdua tinggal dimana ?

Pemuda : Tinggal bersama sama

Polis : Rumah awak berdua dimana ?

Pemuda : Sebelah rumah jiran saya

Polis : Rumah jiran awak dekat mana ?

Pemuda : Kalau saya bagitahu encik , encik mesti tidak percaya

Polis : Bagitahu sajalah

Pemuda : Rumah jiran saya di sebelah rumah saya

Polis : #@$%^&*VAVI

Monday, November 25, 2013

Culik guna LRT

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun bertindak bijak apabila berlari keluar dari kenderaan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk menyelamatkan dirinya daripada dilarikan seorang lelaki, selepas sampai di LRT Taman Melati, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia enam tahun sedang bermain berdekatan rumahnya di Flat Sri Pahang, Bangsar sebelum didatangi seorang lelaki tempatan.

  Menceritakan mengenai kejadian itu, mangsa berkata, ketika dia sedang bermain bersama rakan-rakannya, seorang lelaki menarik tangannya.

Katanya, dia yang takut dan panik melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri dan mengikut lelaki itu.

Foto
MANGSA dibawa polis ke Balai Polis Wangsa Maju.



“Saya dibawa menaiki LRT dan saya menjadi lebih takut selepas memasukinya.

~my Metro~

Sunday, November 24, 2013

Gosip

Gosip sentiasa me­nyelubungi kehidupan semua manusia tidak kira mereka yang tergolong dalam kehidupan glamor mahupun mereka tidak terkenal.

Bezanya, gosip bagi mereka yang glamor membabitkan seluruh pelusuk dunia, malah ramai akan bercerita me­ngenainya manakala gosip dalam kalangan mereka kurang popular pula cuma membabitkan mereka yang berkait de­ngan individu itu.

Gosip - cerita yang kita dengar daripada orang lain dan malangnya, kita tidak tahu kebenaran sesuatu cerita itu. Dalam konteks komunikasi, gosip sememangnya perkara tidak sepatutnya dilakukan malah ditegah dalam ajaran Islam.

Walaupun begitu, bukan semua jenis gosip itu salah. Terdapat dua jenis gosip yang boleh kita perkatakan. Pertama, gosip mengenai sesuatu kejadian atau kita de­ngar yang boleh dijadikan teladan kepada kita manakala gosip kedua pula membabitkan gosip yang hanya memburukkan atau mengaibkan seseorang. 

Gosip dilarang dan menunjukkan sikap buruk seseorang tentunya yang suka menyampaikan cerita dengan memburukkan orang lain. Ia satu sikap sepatutnya dibuang agar tidak menjejaskan imej keperibadian kita. Ingatlah, jika kita tidak suka dimalukan atau diaibkan oleh orang lain maka kita elak daripada melakukan perkara seperti itu.

Tidak mustahil, apa yang menimpa orang lain itu boleh juga menimpa diri kita, bak istilah dalam bahasa Inggeris, ‘what goes around comes around’. 

Gosip disifatkan boleh diperbualkan membabitkan gosip yang boleh kita jadikan satu teladan dan seharusnya tanpa mengaibkan mana-mana pihak misalnya sesuatu kejadian yang kita hanya kita dengari tiada cerita kukuh mengenainya kerana kepelbagaian spekulasi.

Fahami tahap kebolehan anak

Fenomena tekanan pelajar sewaktu peperiksaan bukan asing, namun menimbulkan kebimbangan kerana boleh menimbulkan risiko sampingan.

Biarpun kemuncak tertinggi kehidupan pelajar ialah memperoleh keputusan cemerlang, namun senario tekanan yang membelenggu ketika musim peperiksaan perlu diawasi. Kebimbangan terhadap ‘sindrom’ itu berasas kerana berlaku pelbagai insiden apabila pelajar gagal melawan tekanan.

Akibatnya, ia memberi kesan emosi dan fizikal kepada pelajar.



Foto
TEKANAN boleh mencetuskan impak negatif kepada pelajar hingga mampu memberi kesan kepada pengembangan emosi dan fizikal. - Gambar hiasan.

Persoalannya, apakah perlu pelajar terlalu memaksa diri mencapai ­cita-cita demi memenuhi hasrat orang lain sehingga memberi kesan kepada diri sendiri?

Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Mohamed Soder Rahmad, berkata pelajar yang sedang mengambil peperiksaan perlu bertenang.

Beliau berkata, jika terlalu memikirkan cemerlang dalam peperiksaan, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan.

“Peperiksaan besar memang memberi tekanan apatah lagi memikirkan harapan tinggi ibu bapa, namun memaksa diri untuk berusaha keras di luar kemampuan hanya menempa kemudaratan.

“Peperiksaan penting, namun ia tidak bermakna jika pelajar ‘kosong’ serta tidak mampu menjawab soalan kerana terlalu tertekan,” katanya.

Pelajar perlu mengetepikan tanggapan peperiksaan adalah kemuncak hidup.

“Jika itulah sasaran matlamat, percayalah mereka ­tidak boleh menjawab soalan, sekali gus memusnah­kan keinginan ingin dicapai.

“Saya bimbang jika terlalu memikirkan peperiksaan, boleh menyebabkan masalah lain.

“Dalam ilmu psikologi, tekanan boleh dibahagikan kepada dua iaitu positif (use stress) dan negatif (disstress).

“Tekanan positif memberi tekanan kepada pelajar bagi memastikan mereka tahu tanggungjawab perlu ­dilaksanakan seperti ke kelas dan mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Beliau berkata, tekanan positif boleh dipraktikkan bagi membina kemahuan diri dan menjadikan pelajar lebih bermotivasi.

Sebaliknya, tekanan negatif keterlaluan boleh menimbulkan kesan sampingan sehingga menjejaskan emosi dan fizikal menyebab­kan pelajar hilang imba­ngan diri.

“Apabila tertekan, mereka bukan saja boleh hilang fokus, malah hilang motivasi diri dan keyakinan diri, mengalami kemurungan dan mungkin membunuh diri,” katanya.

Dalam ilmu psikologi, katanya emosi peringkat remaja boleh dikatakan masih tidak stabil dan sering berubah-ubah mengikut pengaruh persekitaran.

“Tekanan yang melampau boleh mewujudkan kestabilan emosi yang boleh menjerumuskan mereka ke tahap genting seperti hilang pedoman.

“Justeru, ibu bapa usah terlalu memberi tekanan sebaliknya memberi kata-kata semangat supaya anak mereka tidak terlalu stres.

“Saya tidak kata ibu bapa atau orang lain tidak boleh ‘menekan’ pelajar tapi harus ada batasnya.

“Ibu bapa juga perlu akur melihat keupayaan anak, tetapi jangan memaksa kerana kesannya boleh menyebab­kan mereka terus kritikal,” katanya.

Bagi pelajar, kata­nya mereka perlu sentiasa ­bertenang. Tidak keterlaluan memikirkan apakah ­keputusan yang diperoleh kelak.

“Semua mahukan kecemerlangan, namun janganlah sampai memaksa diri di luar kemampuan. Anda sudah berusaha bertahun-tahun, jadi perlu positif ­menerima apa jua keputusan.

“Di negara ini, cemerlang atau kecundang, peluang menyambung pengajian terbuka luas. Sistem ­pendidikan kita tidak ­pernah mengetepikan peluang sesiapa untuk belajar.

“Usah kecewa jika gagal kerana perjuangan meneruskan kehidupan masa depan lebih penting,”

~my Metro~




Friday, November 22, 2013

14 Sebab Melihat Bola Live Tidak Sama Live di Kaca TV


Thumb c990

1. The energy in the stadium is at 101%. Imagine: you're among 40,000 fans, all of whom are in the stadium to watch the match. NO ONE is there just to 'yam cha'.

2. As soon as the teams walk out to the field, EVERYBODY goes wild. Your mind sends you signals that you could almost touch them. You begin to think this is all a dream.

3. When someone asks "Did you see the first goal?" your answer will be the most entertaining and outrageous among your friends

4. You're finally in the same arena as the managers - everything they feel, you feel

5. There are no ads

6. No thunderstorms nor electricity blackouts can interrupt your 'live telecast'

7. There is no time difference. You don't have to stay up at 2am Malaysian time with your few friends who successfully took MC the next day.

8. You will instantly socialise with new, like-minded footie fanatics and you will do stuff you never thought you would

9. Chanting, chanting, chanting! You can't chant at a mamak hoping that players on the field will hear you. Let's not even start with the singing.

10. No one will think you are attention seeking if you dress up for a live game...

11. Instead, people will go crazy and dress up together with you. You'll blend right into the crowd.

12.You get to see the funny, censored stuff that happens during a live match

13. You get to be in the middle of an after-party with fellow supporters, like this:

14. Most importantly, you're in it. You're part of the game.

Anda mungkin minat pada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...