Putrajaya: Projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan
Singapura, yang dijangka siap pada 2020, mampu merancakkan pembangunan
di kawasan sepanjang laluan dan stesen kereta api itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kajian awal menunjukkan lima hentian berpotensi menjadi lokasi stesen baru, iaitu Seremban (Negeri Sembilan); Ayer Keroh (Melaka) serta Muar, Batu Pahat dan Iskandar Malaysia di Johor.

“Ini akan menjadi pemangkin pembangunan di kawasan sekitar stesen kereta api dan sepanjang laluan," katanya kepada pemberita
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan projek itu selepas pertemuan empat mata dan perbincangan dua hala sempena sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Singapura.
Cho Ha berkata, pembinaan landasan lebih 400 kilometer itu akan memendekkan waktu perjalanan antara kedua-dua bandar raya itu kepada hanya 90 minit.
Beliau juga berharap projek kereta api berkelajuan tinggi membabitkan perkongsian awam-swasta itu akan dapat dimulakan secepat mungkin kerana ia mengambil masa untuk dilaksanakan.
Sumber: Berita harian

No comments:
Post a Comment